ya allah , kuatkan lah semangat aku ya allah . berilah kekuatan pada diriku ini supaya aku dapat mengharungi hari hari yang mendatang ya allah . aku pon tak tau kenapa sejak peristiwa tidak dipedulikan oleh individu itu , aku berasa diriku tidak dihargai dan dengan itu gugurlah airmata ini . aku berasa diriku tidak diperlukan oleh individu itu tetapi aku cuba tidak mempedulikan itu semua kerana aku tau dimana letak nya diriku dimata mereka . tidak kah ada tempat aku disisi mereka ya allah . aku rasa maruah ku bukan saja dipijak tetapi tiada nilai nya dimata meraka . kenapa aku diperlakukan seperti patung yang bernyawa tetapi tidak dipedulikan . mereka benar benar buat diriku seperti patung yang tiada nilainya . jika mereka memerlukan khidmat aku , mereka datang kepada aku . jika mereka tidak memerlukan aku , mereka campak aku bagai barang yang tiada nilai langsung . sebegitu murahkan diriku ini ? tiadaa nilai langsungkah diriku dimata mereka ? :/ tidakkah mereka mahu memberi peluang untuk aku menunjukkan betapa bernilai nya aku ini . tiada ruang untuk aku melepaskan apa yang aku ada dalam diri ini . hancur luluh hati ku bilaa diri ini tidak memberi apa apa makna pada mereka . haruskan aku menerima mereka sebagai kawan aku sedangkan mereka mempermainkan aku seperti boneka yang tidak memberi sebarang faedah pada mereka . pada siapa lagi aku harus tunjukkan segala apa yang ada terpendam didalam diriku ini jika langsung tidak diberi peluang walau sekali . hmmm :/
Monday, May 9, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment